Suatu hari, di cafe sendirian, saya didatangi seorang lelaki berkot hitam menghulurkan sehelai kertas. Saya tunduk dan mencermati kertas itu. Tertulis sepotong ayat diatasnya 'berimanlah kamu kepada tuhanmu'. Saya baca sekali lafaz. Biasa sahaja. Tiada langsung perasaan semangat untuk menuruti kata-kata itu. Dan ketika saya mendongak kembali. Lelaki yang menghulur kertas itu berubah menjadi seorang perempuan cantik. Kejadian sama berulang. Perempuan cantik itu pula menghulur kertas putih dengan isi yang sama. 'berimanlah kamu kepada tuhanmu'. Tapi kali ini saya baca dengan ghairah. Mahu saja saya raih iman itu dengan segera. Tapi apa yang mendorong kepada keghairahan ini. perempuan cantik itu? kenapa rasa ghairah ini tak hadir semasa lelaki sebelum itu menghulurkan kertas yang sama. Ya! jelas sekali. Saya mahu meraih iman kerana cantiknya seorang wanita. Lebih tepatnya meraih iman untuk mendapatkan wanita itu. Nah! ini yang berlaku sekarang. Saya fikir banyak sekali 'post-post' tentang agama di facebook hanya bersifat meraih perhatian manusia. Pernah saya melihat seorang lelaki dengan penuh yakin berkongsi status tentang 'sufism' di facebook tetapi bila ditanya rakan facebooknya tentang makna sufism itu, dia membungkam. Senyap. tak dapat menjawab. Ya tuhan! motif apakah ini? Berkongsi pengetahuan atau meraih perhatian. Jelas sekali ianya pada yang kedua itu. Mungkin ini juga harus saya jadikan tauladan, facebook bukanlah tempat menunjuk-nunjuk iman, apatah lagi mengunakan iman untuk meraih perhatian. MasyaAllah! semoga terus beringat.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.