Saturday, 24 November 2012

Aku lari ke hutan, kemudian 
menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian 

teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai, 

biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, 

biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?




rangga mungkin sosok yang digilai dari puisi ini.. tapi sebetulnya siapa di balik lahirnya puisi cinta yang indah ini ya? emang ada sesiapa yang tahu nga? .. haha

Thursday, 22 November 2012

kekecewaan

Saya melihat sebuah kekecewaan pada seorang rakan. Kekecewaan dari sebuah harapan yang besar. Saya sendiri resah memikirkan bagaimana kiranya saya dihadapkan dengan kekecewaan sebegitu. Sungguh! Tapi saya sedar ada hikmah di balik kekecewaan ini. Jangan terlalu yakin dan memasang harapan terlalu tinggi kerana 'harapan' itu akhirnya menghambat. Saya fikir bersederhana dalam setiap hal adalah solusinya.  semoga rakan saya berlapang dada menghadapi kekecewaanya. InsyaAllah!


Friday, 2 November 2012

Suatu hari, di cafe sendirian, saya didatangi seorang lelaki berkot hitam menghulurkan sehelai kertas. Saya tunduk dan mencermati kertas itu. Tertulis sepotong ayat diatasnya 'berimanlah kamu kepada tuhanmu'. Saya baca sekali lafaz. Biasa sahaja. Tiada langsung perasaan semangat untuk menuruti kata-kata itu. Dan ketika saya mendongak kembali. Lelaki yang menghulur kertas itu berubah menjadi seorang perempuan cantik. Kejadian sama berulang. Perempuan cantik itu pula menghulur kertas putih dengan isi yang sama. 'berimanlah  kamu kepada tuhanmu'. Tapi kali ini saya baca dengan ghairah. Mahu saja saya raih iman itu dengan segera. Tapi apa yang mendorong kepada keghairahan ini. perempuan cantik itu? kenapa rasa ghairah ini tak hadir semasa lelaki sebelum itu menghulurkan kertas yang sama. Ya! jelas sekali. Saya mahu meraih iman kerana cantiknya seorang wanita. Lebih tepatnya meraih iman untuk mendapatkan wanita itu. Nah! ini yang berlaku sekarang. Saya fikir banyak sekali 'post-post' tentang agama di facebook hanya bersifat meraih perhatian manusia. Pernah saya melihat seorang lelaki dengan penuh yakin berkongsi status tentang 'sufism' di facebook tetapi bila ditanya rakan facebooknya tentang makna sufism itu, dia membungkam. Senyap. tak dapat menjawab. Ya tuhan! motif apakah ini? Berkongsi pengetahuan atau meraih perhatian. Jelas sekali ianya pada yang kedua itu. Mungkin ini juga harus saya jadikan tauladan, facebook bukanlah tempat menunjuk-nunjuk iman, apatah lagi mengunakan iman untuk meraih perhatian. MasyaAllah! semoga terus beringat.