Waktu semakin suntuk. Segalanya harus disiapkan segera. Lewat tahiyatul akhir solat Subuh, saya renungkan diri apakah saya benar-benar memanfaatkan waktu pada jalannya. Saya tertunduk menyesal.
Firman tuhan lewat surah al-Kahfi; "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."(al-Kahfi ayat 103-104)
"Ya Allah akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya engkau akhirkan umur ku dengan kesudahan yang buruk serta jauhkanlah aku dari kehidupan yang sia-sia.. Amin Ya Rabb"
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.