Melewati detik senja. Memang hal-hal yang sangat mengesankan. Antara dua waktu yang saling berganti tempat, kita bahkan tidak merasa tersepit, malahan menikmati momen itu dengan rasa yang tak dapat digambarkan. Tapi cuba jika melalui petang yang hujan, tanpa ada matahari yang terbenam. Saat itu menjadi detik sensasi yang amat berbeza. Boleh jadi ini waktu yang baik untuk menikmati sisi-sisi spiritual. Dan saat ini, lewat hujan gerimis, dan matahari yang menyorok di balik awan, yang ada cuma harapan dan doa-doa yang terucap di hati..
Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts
Tuesday, 18 June 2013
Thursday, 13 June 2013
Ada yang serius mencari makna
hidup, namun pada akhirnya kita sedar, yang dikejarkan cuma sekuntum senyum
Wednesday, 12 June 2013
Sunday, 12 May 2013
Banyak yang
saya belajar ketika berhadapan dengan demam, selesema, batuk dan sakit gigi
yang menyerang sekaligus. Benar
kata seorang sahabat, antara cara Allah memberi peringatan ialah dengan mengambil
kembali haknya, msalnya kesihatan. Kita mula menghargai sihat setelah ia
diambil dari tempatnya
"DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim).
"Ya Allah kekalkan aku dalam kesihatan, kenikmatan iman dan Islam".. Amin Ya Rabb
"Ya Allah kekalkan aku dalam kesihatan, kenikmatan iman dan Islam".. Amin Ya Rabb
Thursday, 9 May 2013
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” - Al-'Araaf-179
pesan pada diri "Sebarlah kebaikan, walau hanya tuangkan air bagi yg memerlukan, atau menemui sesama dg wajah ceria." -haidar bagir
Wednesday, 20 March 2013
Ya Rabb, Terilamalah doa ini, Terimalah pengabdian ini. Dari insan yang selayaknya digelar hina. Dari pendosa yang tak jemu mengulang khilafnya. Dari hamba yang selalu melupakan tuanya. Ya Tuhan, terimalah taubat ini. terimalah..aku mohon, aku mohon
Tuhan, aku tergadah di jazirah fana
kembangkan padaku sayap jibril
limpahkan seberkas NurMu
ke dadaku
suluhkan kembali
jalan ke lembahmu
(Johar Buang: Perahu Melayu Di Lautan Khalzum)
Thursday, 22 November 2012
kekecewaan
Saya melihat sebuah kekecewaan pada seorang rakan. Kekecewaan dari sebuah harapan yang besar. Saya sendiri resah memikirkan bagaimana kiranya saya dihadapkan dengan kekecewaan sebegitu. Sungguh! Tapi saya sedar ada hikmah di balik kekecewaan ini. Jangan terlalu yakin dan memasang harapan terlalu tinggi kerana 'harapan' itu akhirnya menghambat. Saya fikir bersederhana dalam setiap hal adalah solusinya. semoga rakan saya berlapang dada menghadapi kekecewaanya. InsyaAllah!
Subscribe to:
Posts (Atom)

