Pada akhirnya telah tiba saat ini. Berbagai keluk dan liku dilalui sepanjang perjalanan. Saya melewatinya dengan kata 'harapan'. Lalu saya sudahi dengan kata 'kenangan'. Ianya sukar dirakam lewat kata. Yang pasti, kenangan ini akan terus kekal. Ya! akan terus kekal.. InsyaAllah
Wednesday, 12 June 2013
Tuesday, 11 June 2013
Munajat Sha'ban
Ya Allah
Dengarlah
doaku ketika aku berdoa padamu, berpalinglah kepadaku tika aku berpaling kepadamu,
pimpin tanganku ketika aku merabamu….
Ya Ilahi,
dekatkanlah aku di bulan Sha'ban ini dengan keredhaan-Mu dan,
sampaikan pula aku
kepada kemuliaan Ramadhan-mu.
Wahai yang
mengasihi dari segala yang mengasihi..
aku lah ini yang meminta dari segala yang nista.. Amin Ya Rabb
Wednesday, 22 May 2013
Waktu semakin suntuk. Segalanya harus disiapkan segera. Lewat tahiyatul akhir solat Subuh, saya renungkan diri apakah saya benar-benar memanfaatkan waktu pada jalannya. Saya tertunduk menyesal.
Firman tuhan lewat surah al-Kahfi; "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."(al-Kahfi ayat 103-104)
"Ya Allah akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya engkau akhirkan umur ku dengan kesudahan yang buruk serta jauhkanlah aku dari kehidupan yang sia-sia.. Amin Ya Rabb"
Sunday, 12 May 2013
Banyak yang
saya belajar ketika berhadapan dengan demam, selesema, batuk dan sakit gigi
yang menyerang sekaligus. Benar
kata seorang sahabat, antara cara Allah memberi peringatan ialah dengan mengambil
kembali haknya, msalnya kesihatan. Kita mula menghargai sihat setelah ia
diambil dari tempatnya
"DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim).
"Ya Allah kekalkan aku dalam kesihatan, kenikmatan iman dan Islam".. Amin Ya Rabb
"Ya Allah kekalkan aku dalam kesihatan, kenikmatan iman dan Islam".. Amin Ya Rabb
Thursday, 9 May 2013
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” - Al-'Araaf-179
pesan pada diri "Sebarlah kebaikan, walau hanya tuangkan air bagi yg memerlukan, atau menemui sesama dg wajah ceria." -haidar bagir
Subscribe to:
Posts (Atom)
