Sunday, 24 February 2013

Saya begitu keliru dengan kehidupan sekarang. Tiap bebanan datang menujah dari segenap hala. Saya sering dihulur dengan kata-kata "semuanya harus dihadapi dengan tenang dan berlapang hati". Ya! nampak mudah Tapi Itu kata-kata biasa yang ditemukan dari mulut-mulut yang tak pernah berada pada situasi seperti saya sekarang. Lantas jurus tuhan telah membawa saya menemukan seorang rakan. Tutur bicaranya sering melembutkan hati saya. Ternyata sedikit demi sedikit pemaknaan saya pada kehidupan mula berubah. Dengan bantuan Tuhan yang tak pernah berhenti kunjungnya, saya harap proses memaknakan hidup ini takkan pernah terhenti dan menyimpang jalan. AllahuRabbi!

Saturday, 24 November 2012

Aku lari ke hutan, kemudian 
menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian 

teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai, 

biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, 

biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?




rangga mungkin sosok yang digilai dari puisi ini.. tapi sebetulnya siapa di balik lahirnya puisi cinta yang indah ini ya? emang ada sesiapa yang tahu nga? .. haha

Thursday, 22 November 2012

kekecewaan

Saya melihat sebuah kekecewaan pada seorang rakan. Kekecewaan dari sebuah harapan yang besar. Saya sendiri resah memikirkan bagaimana kiranya saya dihadapkan dengan kekecewaan sebegitu. Sungguh! Tapi saya sedar ada hikmah di balik kekecewaan ini. Jangan terlalu yakin dan memasang harapan terlalu tinggi kerana 'harapan' itu akhirnya menghambat. Saya fikir bersederhana dalam setiap hal adalah solusinya.  semoga rakan saya berlapang dada menghadapi kekecewaanya. InsyaAllah!


Friday, 2 November 2012

Suatu hari, di cafe sendirian, saya didatangi seorang lelaki berkot hitam menghulurkan sehelai kertas. Saya tunduk dan mencermati kertas itu. Tertulis sepotong ayat diatasnya 'berimanlah kamu kepada tuhanmu'. Saya baca sekali lafaz. Biasa sahaja. Tiada langsung perasaan semangat untuk menuruti kata-kata itu. Dan ketika saya mendongak kembali. Lelaki yang menghulur kertas itu berubah menjadi seorang perempuan cantik. Kejadian sama berulang. Perempuan cantik itu pula menghulur kertas putih dengan isi yang sama. 'berimanlah  kamu kepada tuhanmu'. Tapi kali ini saya baca dengan ghairah. Mahu saja saya raih iman itu dengan segera. Tapi apa yang mendorong kepada keghairahan ini. perempuan cantik itu? kenapa rasa ghairah ini tak hadir semasa lelaki sebelum itu menghulurkan kertas yang sama. Ya! jelas sekali. Saya mahu meraih iman kerana cantiknya seorang wanita. Lebih tepatnya meraih iman untuk mendapatkan wanita itu. Nah! ini yang berlaku sekarang. Saya fikir banyak sekali 'post-post' tentang agama di facebook hanya bersifat meraih perhatian manusia. Pernah saya melihat seorang lelaki dengan penuh yakin berkongsi status tentang 'sufism' di facebook tetapi bila ditanya rakan facebooknya tentang makna sufism itu, dia membungkam. Senyap. tak dapat menjawab. Ya tuhan! motif apakah ini? Berkongsi pengetahuan atau meraih perhatian. Jelas sekali ianya pada yang kedua itu. Mungkin ini juga harus saya jadikan tauladan, facebook bukanlah tempat menunjuk-nunjuk iman, apatah lagi mengunakan iman untuk meraih perhatian. MasyaAllah! semoga terus beringat. 


Saturday, 29 October 2011

tentang Pattani (selatan thai)

Si anak kecil berketayap putih, umurnya 6 tahun. Kulitnya  putih kemerahan. Dengan jubah bewarna putih menambah lagi comelnya, Hari ini dia sangat gembira, baru sebentar tadi, dia telah belajar surah baru di kelas mengaji. "Surah An-Nas". Diulang baca bekali-kali dengan bunyi pelat seorang anak kecil sambil berjalan pulang dari mengaji. dia insan comel yang masih naif. Namun di tengah perjalanan pulang,anak kecil ini di tahan tentera Thailand, lalu tanpa belas kasihan si anak kecil tadi dilempang bertalu-talu, disepak dan diterajang tanpa pertanyaan.

Tanpa sedar aku menangis. Dan tangisan ini lebih ikhlas dibanding tangisan ditingal kekasih dahulu. Terbayang bagaimana kiranya adik kecilku di rumah diperlakukan sebegitu. Namun inilah senario saban hari di selatan Thailand. Daerah yang pernah menyaksikan detik  hitam peristiwa Tak Bai tujuh tahun dahulu.
dan hari ini (kelmarin) 24/10  merupakan ulang tahun ketujuh peristiwa itu.
Bagaimana selatan Thai  hari ini?
Wallahualam.

lalu aku dan anak kecil tadi akan terus berdoa untuk selatan Thai.

dan semoga,
Doa kami terangkat. Hujan akan menyimbah. Harapannya, tentu saja hujan itu akan terus memadamkan Sungai Api yang sekian lama menjajah manusia-manusia Islam selatan Thai.


Wednesday, 5 October 2011

"hanya aku dan kau"


Berharap engkau akan sentiasa bergembira walapun hanya kenangan dan harapan karena kita hidup dari harapan itu. Ketika Aku ingat lagi, di satu malam yang indah saat itu kita begitu gembira duduk berdua-duan sambil ditemani bintang-bintang yang seolah melirik kita. ketika itu engkau kelihatan begitu cantik sekali dengan senyuman mu yang manis.. ...


Malam itu hanya aku dan kau , kau sahaja ........sepi
hahaha